CERITA LUTHFIL KALI INI

Sedikit cerita Luthfil...cuti panjang lagi...tapi tahap kebosanan tu dah semakin tinggi. Bilalah nak habis cuti ni...tak sabar nak ke sekolah dah Luthfil ni...
Tak lama lagi puasa, sekarang ni pun Luthfil dha kurangkan makan....ummi kata boleh latih untuk puasa nanti...lagipun Luthfil dah biasa puasa, tahun lepas Luthfil hanya tinggal sehari je...tu pun sebab hari cuti dan tak larat...ni camana la agaknya kat sini...memang musim cuti sekarang ni. InsyaAllah Luthfil akan cuba puasa penuh!
Ni lukisan Spider yang pelukis kat Fanateer Mall buat untuk Luthfil...semasa Children's Event at situ. Nasib baik dia tak lukis atas kepala Luthfil yang tak ada rambut tu!
Selain dari ikut ummi dan abah ke sana sini, aktiviti Luthfil di rumah aje...menonton TV...sekarang ni kami suka layan MTV...lagu-lagu Michael Jackson, Green Day, Linkin Park dan Lily Allen memang kami suka...ummi pun suka layan sekali sekala...
Selain menonton TV, Luthfil ada juga mengaji dan buat Matematik...selalu juga kena marah dengan ummi sebab Luthfil selalu malas nak baca Iqra ... bila kena marah salah sebut...terkebil-kebil mata Luthfil...konon nak minta simpati dari ummi...tapi ummi lagi marah kuat!!!
Ni gambar semasa birthday Aisyah, anak auntie Tina dan Uncle Pian. Lihat tu baby Zahraa dan mummy dia...Luthfil memang suka dengan baby...pantang Luthfil jumpa si Zahraa ni...mesti Luthfil main-main dengan dia...
Bukan Luthfil tak suka main dengan adik-adik Luthfil tetapi mereka ni dah besar dan dah ada perangai masing-masing....baik main dengan Zahraa ni....tak perangai pun...

0 comments:

Post a Comment