Ni seorang lagi anak bertuah ummi. Ummi nak cukupkan kuota penerima AWARD, ummi beri kat Luthfil..tapi seperti biasa "Luthfil tak pandai copy!"...alahai...Ummi gak kena buat...
So terimalah AWARD ni untuk menambahkan sokongan pada Luthfil ...

Sekali sekala belek design blog Luthfil ni macam Uncle TaufiqCamry la....tapi uncle tak minat Lamborghini kut...sebab gambar kereta tu tak ada...

PROGRAM SAYA

Khamis: saya pergi ke khobar saya pergi malaysian kitchen and jarir bookstore saya beli vcd speed racer.

selamat hari jadi muhamat naqiudin

abang long muhamad, kenapa hari jadi awak hari ini luthfil tak tahu pulak, luthfil lupa, tapi luthfil ucap kan semoga panjang umur.
gembira selalu.

Salam Perkenalan...

Ini adalah blog yang ummi reka untuk anakanda ummi yang sulung, Luthfil Hasif. Oleh kerana minat Luthfil terhadap komputer dan juga kerja-kerja blogging ummi, Luthfil telah meminta untuk diwujudkan blog Luthfil sendiri.

Cari punya cari blog templates yang sesuai, nampaknya Luthfil berminat dengan kereta Lamborghini ni. Puas ummi cadangkan yang lain yang lebih menarik, tapi Luthfil tetap nak yang ini.

Apa pun, ummi berharap Luthfil dapat memenuhi masa lapang ketika summer break nanti untuk teruskan menulis...semoga blog ini menjadi ruang buat luthfil untuk fokus terhadap satu-satu usaha itu...

Ummi juga berharap Luthfil boleh timba banyak pengalaman dan tingkatkan kemahiran menulis.

Kepada pembaca yang terbaca blog Luthfil, Ummi bagi pihak terlebih dahulu mohon maaf jika ada kesilapan dan kesalahan di dalam penulisan Luthfil ini...