
Jumpa kain tadi kat bandar sekali dengan tali pinggangnya. Siap ada poket lagi tali pinggang tu.
Si Haikal susah nak pakai. Puas ummi pujuk tapi dapat sekejap je. Macam mana lah nanti hari Rabu ....harap dia tak buat perangai macam tadi.


Luthfil tanya ummi, "boleh tak luthfil ambil gambar stail macam ni? Batal tak umrah luthfil?"
Tak... ummi kata...jangan buat kelakuan tidak senonoh aje kat Masjidil Haram tu. Hormat jemaah lain, jangan lompat-lompat, jangan bising-bising, banyak baca doa untuk ummi dan abah, untuk adik-adik luthfil dan untuk diri luthfil sendiri dan semua kaum keluarga luthfil, nenek dan tok.
Ustazah kelas agama ummi cerita kalau kanak-kanak lakukan umrah ni, pahalanya juga dapat kepada ibu dan bapa. Jika kanak-kanak cukur rambut hingga botak kepala selepas umrah, pahalanya juga luthfil dapat dan juga ummi dan abah.
Jadi ummi pesan, luthfil perlu banyak buat kebaikan, dengar nasihat dan jangan mengamuk dengan adik-adik masa di Mekah nanti. Sebab nanti luthfil tak dapat pahala tu. InsyaAllah luthfil nak jadi baik selama-lamanya...
Doakan Luthfil dan keluarga Luthfil ye.
0 comments:
Post a Comment